Nadine Ann Thomas memenangi gelaran ratu cantik Miss Universe Malaysia 2010


    Miss Universe Malaysia 2010 Jadi Milik Nadine

    Teks oleh Haswari Ali
    Foto Oleh Mazlan Photography

    KUALA LUMPUR, 16 MAY 2010: Gelaran ratu cantik Miss Universe Malaysia 2010 akhirnya telah menjadi milik peserta 'favorite' Nadine Ann Thomas, 23 yang telah diumumkan di Hotel Royale Chulan, di sini, malam tadi.

    Bersandarkan paras rupa eksotik serta berbekalkan jawapannya yang bernas dan meyakinkan, Nadine memiliki kriteria Hip, Urban, Real and Relevant sebagaimana yang dicari oleh penganjuran pencarian ratu cantik itu kali ini.

    Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000, tajaan selama setahun bersama Parkson selain berpeluang menjayakan kempen bersama pusat beli-belah berkenaan dan juga set hiasan bernilai RM30,000 daripada Elegance Club.

    Nadine turut menerima produk penjagaan rambut selama setahun dari L'Oreal Paris, perkhidmatan penggayaan rambut dari A Cut Above selama setahun, 5 tahun keahlian bersama True Fitness dan True Yoga serta tidak ketinggalan kontrak selama setahun bersama AndrewsModels.

    "Saya bersyukur, akhirnya hasil kerja keras saya berhadapan dengan pelbagai cabaran bermula sesi uji bakat sehinggalah ke peringkat akhir pertandingan ini, nampaknya telah membuahkan hasil.

    "Kemenangan ini merupakan tanggungjawab berat yang perlu saya pikul untuk mewakili negara ke pertandingan peringkat dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 22 Ogos nanti.

    "Walaupun begitu saya sedar bahawa masih banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki sebelum pergi ke peringkat," katanya yang telah menumpaskan 17 peserta akhir yang lain.

    Kejayaan Nadile itu telah diraikan bersama pemegang takhta Miss Universe Malaysia 2009, Joannabelle Ng bersama-sama Pengarah Nasional Miss Universe Malaysia Organisation, Andrea Fonseka.

    Tempat ke-2 telah dimenangi graduan undang-undang, Mourhna Anetha Reddy,25 manakala tempat ke-3 menjadi milik bekas pramugari Vera Hui, 25.

    Bagaimanapun 2 lagi finalis Charlene Wong, 25 dan bekas finalis model Ford Model's Malaysia Gail Marianne James, 22 terpaksa berpuas hati apabila hanya ditempatkan di tangga 5 teratas.

    Peringkat akhir pertandingan akan diadili bekas Ratu Cantik Malaysia/Universe, Datin Josephine Fonseka, Maggie Loo, Dato' Yasmin Yusuff, Dato' Anna Lin, Nancie Foo, Elaine Daly, Hans Isaac dan juga Andrew Tan.

    Hanya 20 peratus penjurian telah berpandukan daripada jawapan bernas pada malam akhir, manakala selebihnya diambil daripada beberapa aktiviti sepanjang berlangsungnya peringkat penilaian termasuk 50 peratus daripadanya diambil daripada pemerhatian hari sebelumnya.

    Sementara itu, Andrea berkata, sudah pasti pelbagai perancangan dan persiapan rapi telah disediakan kepada pemegang ratu cantik tahun ini itu sebelum diterbangkan ke AS bagi berhadapan dengan saingan lebuh hebat di sana.

    "Sebagai penganjur, kami tentunya akan memberikan sokongan seratus peratus dan berterusan buat Nadine sebelum dia dihantar ke pertandingan di AS nanti.

    "Malah saya juga amat berpuas hati dengan keputusan malam ini. Bukan sekadar 5 teratas, tetapi pilihan terbaik saya adalah pada peserta 10 teratas.

    "Nadine nampaknya telah membuktikan kemampuannya dan saya percaya dia memiliki kriteria yang kami inginkan iaitu Hip, Urban, Real dan Relevant.

    "Cuma, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Nadine perlu mengurangkan berat badannya dan kami akan memberikan lebih banyak pengetahuan kepadanya tentang tata-tertib sebagai seorang ratu cantik yang sebenar," katanya sambil menaikkan dagu Nadine yang tak sepatutnya ditundukkan kala ditemuramah.

    Miss Universe Malaysia 2010 turut mengiktiraf beberapa kategori lain iaitu Anugerah Blogger Terbaik yang dimenangi Chow Xiang Yee, Anugerah Fabulous (Gail Marianne James), Anugerah Rambut Terbaik ( Sarah Yap), Bentuk Badan Terbaik (Mourhrna Anetha Reddy), Miss Photogenic (Vera Hui) dan Anugerah Feel Good NTV7 menjadi milik Sarah Yap.

    source: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
    http://www.murai.com.my/
    dan semua pihak atas semua maklumat dan gambar)

Blog Archive

Total Pageviews