Sitkom Ejen 2x5 mulai menemui penonton pada 8 Ogos 2010 pada jam 8.30 hari Ahad di TV9 - Episode 1 & 2


    sumber gambar: http://origin.tv9.com.my/

    Dibintangi oleh:

    Joey Daud,
    Noorkhiriah
    Rosmah Mat Aris
    Fauzi Nawawi
    Amyza Adnan


    BERMULA hari ini penonton setia TV9 akan dihiburkan dengan gelagat dua penyiasat persendirian tidak berpengalaman iaitu Dina Sekali dan Kitul dalam sitkom 2x5. Lakonan mantap Nookhiriah sebagai Dina dan Joey (Kitul) pasti membuatkan penonton tidak kering gusi.

    Sikap lurus bendul Dina Sekali dan Kitul sering membuatkan Fauzi pening kepala. Kes paling senang pun tidak dapat diselesaikan, apatah lagi kes besar dan penting. Dina Sekali dan Kitul bengang apabila Fauzi meragui kemampuan mereka.

    Satu hari Fauzi yang tidak berpuas hati dengan kerja Dina Sekali dan Kitul, terpaksa menyerahkan satu kes penting kepada dua pekerjanya itu. Kes itu diketengahkan pembantu rumah Datuk Kamal yang memperkenalkan dirinya sebagai Markonah.

    Markonah meminta Fauzi menyiasat punca kematian majikannya. Dia berasa ada yang tidak kena, seolah-olah ada pihak mahu majikannya mati. Fauzi dengan berat hati mengarahkan Dina Sekali dan Kitul menyiasat kes itu.

    Dengan penuh bangga, mereka bertekad mahu menyelesaikan kes itu. Biarpun sering menjadi sasaran sinis penyiasat persendirian lain, mereka tidak ambil pusing. Bagi mereka, yang lebih penting adalah membuktikan kemampuan sebenar.

    Keadaan bertukar menjadi haru-biru apabila Dina Sekali dan Kitul sering bertengkar. Masing-masing mahu menunjukkan kebolehan hingga menyukarkan siasatan yang dijalankan.

    Mereka berjaya menemui beberapa suspek yang disyaki membunuh Datuk Kamal tetapi tidak mahu membuat tuduhan melulu selagi tidak mendapat bukti sahih.

    Selepas berbincang dengan Markonah, mereka menyenaraikan beberapa bukti. Sekali lagi dugaan melanda apabila Markonah tiba-tiba menghilangkan diri.

    Fauzi pula semakin rimas dengan teori tidak masuk akal Dina Sekali dan Kitul. Dia tidak yakin kes ini dapat diselesaikan dengan kemunculan Wan Toncit, Yop Terompit dan Madam X.

    Apakah kesudahan sitkom Ejen 2x5 ini? Berjayakah Dina Sekali dan Kitul menyelesaikan kes pembunuhan Datuk Kamal? Pastikan anda menonton sitkom Ejen 2x5, jam 8.30 malam ini menerusi saluran TV9.

    EJEN 2x5 : Episode 1
    EJEN 2x5 : Episode 2
    EJEN 2x5 : Episode 3
    EJEN 2x5 : Episode 4

    EJEN 2X5 - Episode 1
    EJEN 2X5 - Episode 2
    EJEN 2X5 - Episode 3
    EJEN 2X5 - Episode 4
    EJEN 2X5 - Episode 5

    sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
    http://origin.tv9.com.my/
    http://www.dramamelayu.com/
    http://www.hmetro.com.my/
    and all sources for the information and pictures)

Blog Archive

Total Pageviews